Tentang Tadika Bir Ali
Tadika Bir Ali dimiliki oleh NBee GROUP (sejak 2015). Fokus kami adalah menyediakan pendidikan berkualiti menerusi modul Islamik menggunakan Kurikulum Standard Pra Sekolah (KSPK). Kami sentiasa berusaha meningkatkan prestasi & inovasi bagi menyediakan tadika dengan suasana Islamik di seluruh Malaysia.
Bagi menyediakan persekitaran selamat yang menerapkan nilai Islami, program Islamik dan Sunnah ini dibina berasaskan :
Bagi menyediakan persekitaran selamat yang menerapkan nilai Islami, program Islamik dan Sunnah ini dibina berasaskan :
- Mempromosikan perkembangan kanak-kanak secara total
- Menerapkan kanak-kanak dengan nilai Islami dan sahsiah terpuji
- Membina disiplin diri dan berdikari
- Menyediakan persekitaran yang kondusif dan terjaga rapi
Tadika Sunnah
Bersugi
Mengaji
Salam
Senyum
Kenapa Bir Ali
- Mempraktikkan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW setiap hari
- Menerapkan rasa cinta pada Nabi Muhammad SAW melalui pemerhatian dan amali (bukan sekadar bercerita)
- Menggunakan KSPK supaya kanak-kanak mudah beradaptasi di sekolah nanti (Sek. Keb.)
- Persekitaran yang membantu kanak-kanak membina keyakinan dan membesar dengan daya tahan yang tinggi (Dibahagikan mengikut kumpulan supaya kanak-kanak lebih berdaya saing)
- Guru-guru yang komited dengan proses pembelajaran dan pengajaran serta memahami kapasiti setiap kanak-kanak yang memiliki tahap penerimaan pembelajaran tersendiri
- Persekitaran pembelajaran Islami oleh guru-guru berkualiti (diberi latihan bulanan dan pemerhatian kerap)
- Sistem pendidikan yang membantu kanak-kanak membesar bersama-sama dan mengelakkan keciciran (Para guru akan membantu memberi sokongan tambahan selepas sesi pembelajaran)
Pakej Kami
Hajj Qiran
This half day programme shares with the Hajj Ifrad Programme all the courses from 7.45 AM - 12.00 PM and includes the core courses and activities that will prepare children for primary school.
Hajj Tamattuq
This half day programme shares with the Hajj Ifrad Programme all the courses from 7.45 AM - 3.00 PM and includes the core courses and activities that will prepare children for primary school.
Hajj Ifrad
This full day programme (7.45 AM - 6.00 PM) includes additional courses and activities that are designed to enhance the children's education.